Wednesday, September 28, 2011

Tak Pernah Ku Terfikir...

Pelik tapi bener..hehehe.. Tak pernah ku terfikir aku akan ada pnglmn bekerja menjadi seorang pembanci..  Soo oleh kerna hari ni aku teringat pla pasal sejarah ni n ati pn rasa rajin je nak menaip so nak cite laa….

Story ni selepas aku kuar dari Politeknik n keja sebagai Pembanci… Tanggal 26 Ogos 2010 bermula lah sejarah hidup ku menjadi seorang pembanci… Mula2 kena bagi taklimat selama 3 hari pastu baru la kami di bawa oleh penyelia ke tapak pembancian.. Mula2 perasaan memang tak best coz tak pernah lagi buat kerja2 seumpama ini..huhuhu.. Tapi kalo di fikir balik best gak keja tu pi sana pi sini, masuk rumah org yg tak d kenali..

Hari pertama dan pengalaman pertama jadi pembanci, aku dgn sorang lagi kwn banci masuk ke kawasan rumah setinggan.. Hampir smua pnduduk kat sana bukan warganegara.. So mula2 takut gak la, tapi dah masuk dorang pla yg takut coz ingat kami ni pegawai polis…huhuu lucu pla.. Dah nama pn hari pertama semua kelam kabut mana dgn beg penuh dgn borang soal selidik, time tu lagi hari memang panas yg amat, tangan sebelah pegang payung sebelah pegang peta... Dah habis banci wktu siang malam kena buat homework lengkapkan borang2 banci tu lagi..hhhmmm.. Memang penat la pendek cite.. Tapi lama2 ok la dapat biasakan diri jugak..

Alhamdulillah utk keja banci kat kwsn setinggan tu dorang bagi keja sama, so spend dalam 3 ari kalo tak silap utk nak habiskan pembancian kat sana.. Yang sayang tu takde gambar maklumla dah sibuk membanci takde masa nak begambar, smua gambar dalam ingatan je..heeee… Lepas tu masuk kawasan kampung pla, kat sana smua bejalan lancar.. Oo ya ada satu pla yg kurang lancar, time tu buat banci kat rmh org yang tak berapa betul, kesian pla kalo d ingt balik.. Rasanya tak payah la kot nak cita pnjng pasal tu k.. Lepas tu kena banci kat kwsn resort, nama resort tu ‘Karambunai Resort’.. Kejap je tak sampai setengah hari pun.. Ye la mana da orang yg tnggal lama2 kat resort kan.. So proses soal siasat tu memang takde…huhuhuhu..

Tu Fasa pertama, fasa ke2  kat perumahan.. D sana lain pla cita, kena berhadapan dgn masalah anjing pla..huhuhuhu.. Ble d katakan hampir setiap ari gak la kena menghadap anjing2 tu.. Nasib baik ada kawan dlm grup kami yg tak takut anjing, so dia la yang banyak tolong…hahahaha.. Tu dugaan anjing, dugaan orang kat sana len pla, ada yang spoting ada yang tak berapa nak spoting, sampai ada beberapa kali tu terpaksa menulis kat luar pagar, dah la time tu musim hujan asal petang je hujan, so kena la menulis dalam keadaan yang sgt tak selesa, apa tak nye kena pegang payung lagi supaya kertas repot n borang banci tak basah..hhhmmmm… Utk fasa ke 2 ni rasanya aku spend dalam seminggu lebih la juga baru dapat habis banci smua rmh kat sana tu… lame tu huhuhuh, tapi takle hari2 kat kwsn sendiri, coz tak smua rmh dapat d banci terus, so mana2 yang takde org time aku nak banci tu aku skip dulu, tunggu hari yg sesuai baru aku banci balik rmh tu.. Hari2 yang lain aku pergi la kat kwsn kawan utk tolong diorang..

Utk fasa 3 kat kwsn perumahan gak, tak jauh dari kwsn perumahan fasa 2.. halangan sama gak kena berhadapan dgn anjing tapi kurang sikit la.. Memang fasa 3 ni lagi ok la, lebih senang coz org nya pun ok2 belaka.. Tapi nak d jadi kan cite, dugaan yang paling teruk membanci time fasa 3 ni kena membanci time puasa..aduhhh.. Dugaan yang amat, belum sampai setengah ari dah penat, penat tak pa gi dugaan haus tu yang tak tahan tu.. fffuuuuu…mana dengan cuaca panas ada ja tempat berteduh kompom pegi kat sana utk take time rehat..huhuhu…nasib baik la iman kuat sikit time tu tak la termiss puasa… Petang pula hujan..hhhmmm.. Malas nak cite panjang..hahahaha

Utk fasa 3 ni ada 1 ari tu aku pegi membanci time malam, maklumla supaya habis cepat, so ble tolong kawan.. Tapi tak ingat pla time tu puasa ke berapa.. So pegi la membanci dgn meminta pertolongan mak aku coz aku takde lessen nak bawa keta.. Thanz to my mom coz tolong.. Tapi yang bestnya malam tu aku d beri sedekah kuih raya oleh tuan rumah tu, bukan sikit banyakkkk…hahahhaha.. Memang spoting la orang rumah tu… N rumah tu rumah paling last yang aku kena banci n rumah yang paling susah nak jumpa orangnya, berkali-kali pegi tak juga dapat jumpa..hahahaha.. Utk kwsn fasa 3 ni memang aku nak habis kan cepat2 coz ada satu kwsn yg kami kena banci sama2 coz kwsn tu la yang paling2 bnyk rumah, bnyk pnduduk bnyk apa lagi nak cakap.. Tak tau ape nak cakap lg dah memang paling bnyk la rmh.. Dlm kwsn tu ada 2 kawasan perumahan baru dibina, pastu nak banci kwsn kampung, n kompleks perumahan bomba yang  baru gak siap.. Cuba bayang kan betapa bnyk nya rumah kami nak kena banci.. Tapi yang rahmat nya dah nama pun baru so tak smua rmh ada org tinggal so ok laaa…..

Tapi syukur la smua fasa berjaya disiapkan tepat pada masanya… Kira terlewat sikit la tapi tak lewat sngt.. Smua ni hasil kerja sama rakan2 segrup yang saling tolong menolong.. Best dapat kerja sama dengan korang (abang jeff,kak momoi,kak Diana,adeq,shila n sopri)… So pnglmn jadi pembanci tamat pada pertengahan bulan Ogos 2010..

So utk nukilan kenangan ku kali ini sampai sini je la yee… Di harap ada la yang sudi nak baca..hehehe gurau je..ok tq….

Thursday, September 15, 2011

2010 Time Past

Rajin pla ari ni nak buat slide show...hehehe..hope u all enjoy..


Tuesday, September 13, 2011

dah lama tak update..heee

Salam..Hiiii smua.. Dah lama aku tak menjengok blog aku ni maklumla kalo dah malas ni…hehehehe..2,3 ari ni terfikir pla pasal blog tp baru ari ni ada kekuatan sikit nak update blog.. Tu yang rajin nak menullis ni…huhuhuh.. So ari ni nak story pasal pengenalan diri la.. Dulu no mood nak story so nak ambil kesempatan ni for story pasal diri..

So dimulakan dgn nama, kat blog tulis Huez Mie kan..tu sempena nama Facebook, kalo nama betul dah ada dah kat sudut ‘My Profile’ kan..umur pn dah cite kat sana..Kalo hobi nak tambah sikit la skrg ni nak tambah hobi luang masa kat blog..dah slalu tgk blog orang so nak update blog sendiri pla..hehehe..

Nak cite pasal education background, aku ni lepasan Politeknik Kota Kinabalu, tapi sebelum tu belajar kat S.M.K Bandaraya kat Kota Kinabalu gak.. Time kat sekolah menengah aku tak aktif ikut sebarang kokurikulum so tak banyak nak cite time sekolah.. Kalo d Politeknik mgkn lain kali la coz takde idea nak cite…hehehhe

Ada satu tabiat yang aku tak ble nak kasi tinggal or kasi hilang dari diri aku ni, iaitu suka tgk cartoon anime. Memang dari kecil lagi suka tgk tapi yang terpilih je la..hehhehe.. Kalo dulu cartoon yang paling d gemari of coz dragon ball, pastu dalam tahun 2009 kalo tak silap muncul cartoon ‘thelawofueki’ kat channel animax,citenye memang best ada gak yang ble d jadikan pngajaran.. Pastu muncul lagi cartoon yang d minati kat animex iaitu ‘Slam Dunk’.. Cartoon ni dah lama dah tapi aku tak pernah tgk dari awal sampai habis tu la tiap ari menunggu jam 6.30 untuk tgk cartoon ni…watak yg aku minat kompom ‘hanamichi sakuragi’.. Tapi cartoon yang paling d minati sekarang ofcoz la ‘Naruto’, tapi watak yang d minati ‘Uchiha Sasuke’.. So kalo dia tak muncul memang tak nak download tgk on9 jee…

Ok la cukup pasal cartoon.. Emmm nak cite pasal apa gi yee.. Rasanya tu je la kot, next time la lagi cite..ok..tq

Ni ada sikit foto kenangan tahun 2010.. Tak bnyk sikit je. Thn 2011 next time la..k..